Monday, January 3, 2011

Selamat datang ke ARB :)

Ini rumah saya. Nama rumah ini ADALAH RUMAH BUKU (ARB). Kredit kepada Encik Shahrizad untuk perkataan Adalah dan Puan Haryani untuk perkataan Rumah Buku.
Di sini saya akan menjual buku-buku secara online. Sesiapa yang berminat membeli secara pos daripada saya, kecil tapak tangan, seluruh lautan dunia saya tadahkan. Ini permulaan kepada usaha saya mahu memiliki sebuah kafe buku. (Ya, sila doakan saya!)

Operasi ARB:
1. Menjual novel karya Leeya Myra dan Aizam Aiman semestinya. :P
2. Sekiranya mahu membeli buku-buku lain terbitan PTS ataupun Alaf 21, boleh juga. Beritahu sahaja judulnya, saya akan semak sama ada saya boleh dapatkan stok ataupun tidak.

Sokongan semua didahulukan dengan ucapan terima kasih daun keladi.

No comments:

Post a Comment